Filed under: Uncategorized
Filed under: Babbles
Ya! Akhirnya aku berpindah jugak! Bukan pindah rumah yer kengkawan… Aku berpindah blog. Nak tau kenapa aku pindah? Sila baca kat sini. Malas dah nak tulis panjang-panjang kat blog friendster ni. Dah merajuk! Dah berpatah arang! Cewah…
So, korang semua… Feel free to visit my new refreshing blog at http://julieluvneezam.blogspot.com.
Jumpa di sana, di sana, di sanaaaaaaa…
*juliet le sweetheart : marilah kite berpindah beramai-ramai…
Malam tadi mimpikan arwah nenek. Dalam mimpi tu arwah nenek duduk jer tengok aku. Tak bercakap apa-apa pun. Aku pergi kat arwah nenek dan cium-cium pipi arwah nenek. Memang terasa rindu sangat. Arwah nenek nampak segar jer dalam mimpi aku, tak macam masa saat-saat terakhir arwah nenek hidup 4 tahun yang lepas; lemah tak bermaya.
Arwah nenek meninggal <> 4 tahun yang lepas sebab sakit kencing manis. Beberapa bulan sebelum meninggal arwah dah terlantar jer kat katil sebab luka. Aku kesal sangat tak berada di sisi arwah masa arwah menghembuskan nafas terakhir sebab aku kerja. Kedua-dua anak arwah nenek; mak dan mak sedara aku, serta adik-adik dan sepupu-sepupu aku ada di sisi arwah nenek masa arwah nenek menghembuskan nafas terakhir. Aku sorang jer yang tak der. Aku sorang jer! Rasa kesal sangat! :’(
Tapi alhamdulillah, aku dapat menyempurnakan jasad arwah nenek dari membersihkan, memandikan ke kapankan, dan hantar arwah nenek sampai ke liang lahad…
Aku memang rapat dengan arwah nenek sebab rumah arwah nenek dekat jer dengan rumah mak abah aku kat KL. Masa sekolah dulu, setiap hujung minggu mesti gi rumah arwah nenek. Sampaikan kalau mak abah tak kasi aku gi, aku boleh nangis guling-guling.
Rindu sangat kat arwah nenek. Semoga roh nenek dirahmati Allah swt dan berada di samping orang-orang yang beriman… Amin…
*juliet le sweetheart : …
Dua hari berturut-turut, Sabtu dan Ahad lepas, kitorang asyik keluar berjalan jer. Maklumlah, hari Isnin dah nak mula berpuasa. So, sajerlah berjalan sakan sebelum puasa ni.
Hari Sabtu yang lepas, kitorang bersama-sama famili En. Din dan Pak Tam ke Dandenong. Sajer melawat Malaysian kat sana. Macam YB plak ek? Hehehehe… Actually, ada beberapa orang kawan diorang (Neezam, En. Din & Pak Tam) kat Dandenong tu. Perjalanan mengambil masa <> 2 jam. Nasib baik sepanjang perjalanan, Niesreena duduk diam jer kat boster dia. Baik pulak… Selalunya kalau duduk lama-lama mesti dia busan, tapi alhamdulillah, tadi walaupun Niesreena tak tidur tapi dia boleh duduk diam dan kengkadang berborak-borak plak dengan kitorang. Ntah apa Niesreena nak sampaikan ntah, tak paham bahasa dia…
Dandenong tak jauh beza dengan Bundoora. Suburb jugak dan ada banyak facilities. SC pun banyak. Besar plak tu. Best wooo! Tapi tak sempat nak pergi. Lalu jer. Kitorang sempat pergi ke pasar jer. Sempat jugaklah grab 2 pasang baju raya untuk Niesreena dan untuk aku, beg besau! Aku tak tau bila aku nak pakai beg ni, tapi sebab corak beg ni yang cantik, ala-ala retro gitu, sebab tu aku tertarik. Bleh buat beg balik kampung kot. ;p Neezam pun rambang masa berjalan kat pasar Dandenong ni. Memang rambang giler dia! Nasib baik tak giler jer. Dia bukan rambang tengok barang, tapi rambang tengok anak-anak dara ala-ala Bosnia yang cantik-cantik, comel-comel. Eeeeee… laki aku ni… sabar jer lah…
Selepas lunch di rumah abang Ropidi & kak Laili dan minum petang di rumah abang Lajiman & kak Su, kitorang bergerak pulang ke Desa Bundoora tercinta semula dan makan malam pulak di rumah kak Hada. Hahahaha… Hari ni hari makan free sedunia ye… ;p Kak Hada buat majlis sempena menyambut bulan puasa dan house warming di samping memperkenalkan familinya yang baru tiba dari Malaysia. Ramai sangat tetamu yang datang. Makanan pun best!
Hari Ahad pulak, hari asyik bertukar-tukar plan, disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu. Plan utama ke city sebenarnya nak gi sambutan hari merdeka kat Federation Square. Tapi tiba awal plak kat sana. Apa pun tak siap lagi. Cuma sempat tengok pentas yang kosong dan bunga manggar jer. So, kitorang pun tukar plan ke Vic Market dan DFO. Lepas tu kitorang ingatkan nak balik semula ke Fed Square sebab waktu tu dah pukul 3 mesti dah start upacara tapi cuaca pulak tak mengizinkan. Hujan selebat-lebatnya. So, tukar plan lagi, ke Laguna pulak.
Kat Laguna ramai sangat jumpa Malaysian dan ramai jugak kengkawan yang dari Bundoora. Diorang sumer nak ke Fed Square jugak, tapi sebab hujan, semua orang tak jadi ke sana. Kesiannya organizer, mesti tak ramai yang datang untuk memeriahkan majlis.
Sebenarnya aku teringin sangat nak gi. Tapi kesian pulak kat Niesreena, takut kena hujan pulak kan. Aku memang teringin nak tengok macam mana sambutan hari kemerdekaan kat oversea. Yang pastinya mesti jauh beza dengan sambutan kat Malaysia kan. Tak semeriah kat Malaysia. Nampaknya tak der rezeki aku nak tengok sambutan Fiesta Merdeka tu tahun ni. Insya Allah tahun depan nak gak gi tengok!
Pheeewwww… dua hari yang sangat memenatkan. Hari ni pun penat jugak. Penat mengemas rumah yang dah dua hari tak berkemas. Bila nak rehat?
*juliet le sweetheart : penat…
"Mak & Abah…
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-29 tahun.
Semoga sentiasa bahagia dan lebih bahagia hendakNya.
Julie, Neezam dan the-only-cucu, Niesreena, mendoakan kebahagiaan mak dan abah selalu…
We love you so much!
Julie, Neezam, Niesreena"
Filed under: Celebration
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-51.
Semoga negara kita, Malaysia, sentiasa aman dan tenteram dan dirahmati Allah swt.
*juliet le sweetheart : saya anak Malaysia!
Filed under: Islamic
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
- Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. ~Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi~
- Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. ~Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi~
- Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. ~Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi~
- Daripada Abu Hurairah telah berkata : Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam). ~Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi~
- Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata : Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. ~Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi~
Penerangan Hadis
-
Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
-
Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
-
Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
-
Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
-
Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
-
Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
-
Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
-
Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
-
Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
-
Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
-
Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
*juliet le sweetheart : Semoga puasa dan amal ibadah kite dalam bulan Ramadhan kali ini diterima olehNya. Amin…
*
"Selamat menyambut bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarah, 1429H.
Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan kali ini memberikan keberkatan kepada kita semua dan semoga segala amal ibadah kita diterima oleh-Nya.
*
Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersilap cara, terkasar bahasa.
Peace! 0 - 0!

Selamat berpuasa!"
*juliet le sweetheart : harap dapat berpuasa sebulan penuh tahun ni! 
Sejak beberapa hari ni aku rasa…
malaaaassss sangat…
penaaaattt sangat…
tak bersemangaaatttt sangat…
bosaaaaannnnn sangat…
sensitiiiffff sangat…
sediiihhhh sangat…
dan bermacam-macam perasaan yang sewaktu dengannya!
Nak masak pun tak der idea nak masak apa!
Nak tulis blog pun tak der idea tulis apa!
Nak surf internet pun tak idea nak surf apa!
Nak shopping pun tak der idea nak shopping apa!
Nak mengumpat pun tak der idea nak ngumpat sapa! Hahaha!
Ayooooo… apa nak jadi dengan aku ni! Harap-harap perasaan tak best ni berlalulah hari ni… tak suka!
*juliet le sweetheart : bosannya…
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba; KUAM Futsal Spring Cup 2008!
Pagi-pagi lagi aku dah bangun menyediakan breakfast dan lunch (penkek jagung dan nasi goreng jer…) untuk dibawa ke Albert Park. Kitorang bertolak dari Main Drive lebih kurang pukul 7.40 pagi.
Lebih kurang pukul 8.40 pagi kitorang tiba di Albert Park. First team arrived. Sangat punctual tau kitorang… Tapi muka organizer sorang pun tarak! Sangat hampeh ok! Terpaksalah kitorang sumer bersejuk-sejukkan kat luar building tu sampailah ketibaan penganjur dan team-team lain.
.: Team Desa Bundoora yang comel-comel belaka:.
Team kitorang, ‘Desa Bundoora’, *ada orang kata nama team kitorang sangat comel! Secomel pemain-pemainnyalah! :)*, main first match lawan team Bangkooritas. May be tak der rezeki, team kitorang kalah 2-0. Sebenarnya, masa tu, masing-masing pemain Desa Bundoora sangat cuak dan nervous. Maklumlah, ni lah first time kitorang masuk tournament. So, masa kalah first game ni rasa macam oklah… never mind… baru warming up! Hehehhe…
.: First match : Adah teguh menjaga benteng pertahanan! :.
.: Second match : Semua tengah cuak! :.
Second game, alhamdulillah… hasil sepakan kilat Tiqie, kitorang menang 1-0. Yey! Seronok giler rasanya! Aku tak pasti nama kumpulan lawan kitorang, tapi yang pastinya… diorang memang bergaya dan sangat seksi. Seksi giler! Hai… lantak koranglah! Yang penting kitorang menang dan kemenangan tu melayakkan team kitorang ke separuh akhir! Yey!
Third game, kitorang kalah teruk, 3-0 tuuuu! Lawan kitorang kali ni adalah team yang menjadi juara last year. Kalau tak salah aku dari Monash Universiti, Clayton. Sebelum ni aku ada lah jugak dengar tentang kehebatan team ni. Lebih-lebih lagi salah sorang dari ahli pasukan diorang ni, Nurin *sajer jer aku bagi publisiti murahan kat sini… Well, memang nampak hebatlah dia main, memang macam jantanlah. Dia yang menjaringkan 2 daripada 3 goal tu. Hebat… hebat… Tapi team kitorang pun ada gak yang sehebat dia, cuma nasib jer tak menyebelahi kitorang. ;p
Tapi masa third game tu aku memang sangat pancit! Huhuhu… Penat seh! Manalah tak pancit, aku main setiap game… Ingatkan nak jadi simpanan jer, tapi diorang dah suruh main, so, main lah. Best! Well, actually aku tak lah hebat pun, tapi diorang kata sepakkan aku sekuat sepakan lelaki. Tak sesuaiiii ok! Yang ‘bestnyer’, Dili dengan Aleh, tak nak pun swap aku, sedangkan pemain-pemain lain asyik bersilih ganti. Aku tunggu gak, bilalah nak swap keluar aku weh? Aku dah putus napas dah rasanya. Akhirnya, aku sendiri yang mintak swap. Pancit habisssss…
Last match adalah match penentuan tempat ketiga dan keempat. Lawan team mana ek? Aku kureng pasti. Tapi sedaplah lawan dengan diorang. Walau macam mana pun, tak der rezeki kitorang jugak kali ni, kalah 1-2. Memula aku rasa macam dah confident jer boleh memang, lebih-lebih lagi team kitorang skor pada 4 minit pertama, hasil tendangan maut aku. Huhuhu… Then seri. Dan pada 2 minit terakhir, diorang skor lagi 1 jaringan.
So, penentuannya… kitorang dapatlah tempat ke-4 daripada 6 pasukan yang bertanding. Oklah tu kan? Bagi aku memang ok lah sangat bagi kitorang yang memang tak der pengalaman ber’tournament’ ni. Selalunya main petang-petang dengan kengkawan tu ‘feel’ dia lain daripada berlawan dengan orang yang memang kite tak kenal. Dah namanya pun tournament kan, memang rasa seram sejuk jugaklah… Kalau main setiap petang Jumaat kat SARA tu, siap gelak-gelak sampai kuar air mata lagi masa main… Hehehhe… Tapi tadi, muka masing-masing cuak jer. ;p
Dan bagi aku pengalaman ni memang best! Main dengan adik-adik dan kakak-kakak on my team yang sangat sporting. Tadi pun ramai sangat warga Desa Bundoora yang sudi turun untuk menyokong kitorang. Sangat terharu! Terima kasih sangat!
Dan memang ramai tak percaya aku main. *Ye kak Fadz & kak Farizal, I’m really playing!* Hehehe… Kenapa ada ramaaaaaai tak percaya aku main? Lebih-lebih lagi sebagai striker? Hahahha… fikir sendiri kenapa! Actually aku pun tak percaya aku main. Famili aku pun tak percaya! Korang percaya tak? Muahahahhahaha!
Oh ya… Lupa plak nak bagitau. Neezam pun main gak, sebab tu dia tak der sepanjang match kitorang tadi. Sangat terkilan ok! Neezam mewakili team Kampung Vic. *Kampung Vic dan Desa Bundoora? Ye! Kami ni orang kampung!* Tapi team diorang terpaksa ‘dibungkuskan’ awal-awal. Hehehe… Maklumlah, team Kg Vic kebanyakkan pemain-pemainnya dah berumur. Kebanyakkannya post-grads. Team lelaki yang lain, semuanya muda belia, under-grads. Stamina orang muda ni tak sama dengan stamina orang tua. Betul tak? Alasan baaaaeeek punya sebab kalah. Hehehhe…
Aaaaaa… penatnya… badan rasa penat sangat! Betis pun sakit sangat. Padahal main 20 minit jer setiap match tadi. Kalau main kat SARA, satu jam straight main pun tak rasa sepenat hari ni.
K lah, sampai sini dulu. Beta sangat penat… nak beradu… Kekanda beta dah lama berdengkur beradu… Pun sama kepenatan!
Lagi gambar aku upload len kali lah yer… Penatlah…
*juliet le sweetheart : Terima kasih kepada semua yang tolong babysitting Niesreena tadi.






