Puding caramelku…
Friday March 30th 2007, 3:25 am
Filed under: Yummie

Hari ni Neezam puasa. So, sajer jer nak wat dessert speciallah kononnyer untuk suami tercinta berbuka puasa. Cari-cari kat internet jumpa resepi puding caramel. So apa lagi… biler tengok semua bahannyer simple dan sedia ada kat rumah, aku pun terus ler mencuba…

Hanguskan gula, kacau telur dan susu, stim 30 minit… Siap! Senang jer… Aku buat 2 adunan… 1 aku kukus, dan 1 adunan lagi aku masukkan dalam microwave.

Hasilnyer… huhuhuhuhu… Yang dari dalam microwave, bentuknyer jadi ntah haper-haper ntah. Sebab ikut resepi sepatutnyer kukus, tapi aku sejer jer gunakan microwave. Nasib baik satu adunan lagi yang aku kukus menjadi dengan cantik tapi biler aku terbalikkan puding keluar dari bekas dia, puding tu hancus plak. Huhuuhuhu… Jadilah puding caramel hancur…

Tapi nasib baik rasanyer sedap. Hehhehehehe… Serius sedap! Neezam pun kata sedap. Hmmmm… mungkin Neezam nak amek hati aku jer kot?

Lain kali nak cuba buat lagi! Nak ‘menjelitakan’ lagi pudingku yang sedap itu. Hehhehehehe…

*gambar tak buleh nak upload kat sini. Tak tau apasal. Tapi bleh tengok puding caramel aku yang enak lagi hancus tu kat fotopages aku k. Hehhehehehe… Enjoy!



BBQ @ Fairfield Park Boathouse
Wednesday March 28th 2007, 6:54 am
Filed under: Life in Melbourne, Travel & Vacation

Weekends aku yang lepas memang penuh dengan aktiviti jalan-jalan makan angin. Seperti yang aku tulis dalam post aku sebelum ni, hari Sabtu yang lepas kitorang ke Great Ocean Road. Dan hari Ahadnyer plak kitorang ke Fairfield Park Boathouse. Kitorang ke sana atas jemputan tuan rumah kitorang, Jane and family. Diorang recognized bbq ni untuk semua para penyewa dia dan kenalan rapat. Kata Jane Fairfield Park ni antara park yang terkenal dan tercantik dekat Melbourne ni. So, dia sajerlah bawak kitorang ke sini untuk menikmati keindahan alam.

Kitorang bertolak  dari rumah dengan cab lebih kurang pukul 1o3o pagi. Tiba kat park tu lebih kurang 1o minit perjalanan. Park tu tak jauh dari rumah kitorang, lebih kurang 7km jer. Biler tiba kat sana, Jane dan family dia tak sampai lagi. Cuma yang dah berkumpul kat sana ialah yardmates kitorang yang lain; Thuy, Kelly, May, Hanh,  Kwan dan Nam serta isterinyer. Sementara menunggu Jane dan family dia sampai, sempat lah kitorang menikmati keindahan alam sambil berjemur kat situ sebab cuaca agak sejuk.

Beberapa minit kemudian Jane dan familynyer pun sampai. Jane lambat sebab tunggu banana cake dia masak. Huhuhuu… sedap wooo. Macam-macam makanan ada untuk bbq ni; lamb, chiken, seafoods and corn and other side menu. Untuk kitorang Jane belikan daging halal and as requested by Neezam, there’s no pork meat or seasoning for the bbq. Seronok makan sambil membakar dan sambil menikmati keindahan alam. Makanan pun sedap-sedap dan banyak sampai tak terhabis semuanyer.

Kawasan Fairfield Park Boathouse ni memang cantik, tenang dan damai. Ramai orang yang datang bersantai, berkayak dan berkelah bersama keluarga dan kengkawan. Tak kire usia; tua, muda, besar, kecik. Tak kurang jugak yang bawak anjing. Sesekali biler anjing lalu, aku takut jer kalau anjing tu ‘meleseh’ kat kaki aku. Huhuhuhu… Ada tu yang datang dan berjemur jer. Nap beberapa minit then jalan.

Kan best kalau kat Titiwangsa ada aktiviti cenggini. Ni tak… kat Titiwangsa tu penuh dengan couple yang bertenet jer. Huhuhuhuhu…



Great Ocean Road
Tuesday March 27th 2007, 6:34 pm
Filed under: Life in Melbourne, Travel & Vacation

Setelah membuat perancangan lebih kurang 2 minggu, hari Sabtu lepas kitorang mengikuti rombongan recognized by LUPA (La Trobe University Postgraduate Association) ke Great Ocean Road. Kitorang bertolak dari U pukul 7.40 pagi dalam keadaan hujan yang renyai-renyai. Nasib baik kitorang sampai cepat 1 saat, kalau tak dah kener tinggal. Huhuhuhuhu… Turut mengikuti rombongan ni ialah 10 orang Malaysian, termasuk aku, Neezam dan Niesreena, and the rest 30 orang ialah foreigner students.

Setelah hamper 3 jam perjalanan, kitorang pun sampai kat first destination iaitu Anglesea. Angin kuat giler, sampaikan aku rasa nak ikut terbang sekali. Cuaca sejuk sangat membuatkan aku bimbang dengan Niesreena sebab takut Niesreena tak buleh nak adapt dengan cuaca cenggitu. Tapi nampaknyer Niesreena ok jer. Alhamdulillah…

Anglesea ni famous sebagai tempat orang surfing sebab ombak kat sini sangat kuat. So masa kitorang datang tu dapatlah jugak kitorang tengok orang yang dok surfing. Eeeeee… tak sejuk ker ek? Hehehhee… View kat sini sangat cantik! Lepas snap 20 – 30 gambar, kitorang pun bergerak ke second destination.

Second destination ialah kat Lighthouse. Tak jauh dari lokasi Anglesea. Cuma lebih kurang 15 minit perjalanan dengan menaiki bas. Walau camner pun kitorang perlu mendaki lebih kurang 5 minit untuk ke Lighthouse tu. Penat gak naik bukit. Tapi biler dah sampai atas memang sangat puas hati sebab permandangan kat kawasan lighthouse tu dan kawasan sekitarnyer memang sangat cantik. Dari situ jugak boleh nampak country homes di sebalik gunung ganang, laut lepas yang menghijau dan pantai yang cantik.

Lebih kurang sejam lebih perjalanan, kitorang tiba plak kat Apollo Bay. Perjalanan dari Lighthouse ke Apollo Bay ni sangat snaky. Nak muntah aku dibuatnyer, dah lah perut lapar. Neezam still maintain. Niesreena sempat gak menyusu dalam bas. Huhuuhuh… Sampai kat Apollo Bay ni kitorang (all the Malay excursion members) mulalah menjamu bekalan yang dibawa. Actually memang dah rancang awal-awal untuk wat pot luck. So, macam-macam adaaaa; speghatti, bihun, mee, nasi impit, rendang ayam, agar-agar, sandwich dan tembikai. Kitorang bawak speghatti.

Apollo Bay ni macam pekan koboi jer. Tapi sangat bersih dan menarik. Banyak sangat burung dari pelbagai spesis. Cuaca masa tu plak sangat sejuk…. Menggigil kitorang dibuatnyer. Tambahan pulak hujan renyai-renyai. Hidung Niesreena pun jadi merah sebab sejuk. Nasib baik Niesreena tak selsema.

Dah kenyang kitorang terus bergerak ke destinasi seterusnyer. Ingatkan 20 – 30 minit perjalanan jer, rupa-rupanyer hampir 2 jam. Huhuhuhuhuhu… giler jauh. Jalan yang berliku dan bergunung-ganang membuatkan aku rasa macam nak muntah. Terpaksa aku memaksa diri aku untuk tidur untuk elakkan rasa mabuk. Tapi rasa rugi sangat tidur sebab sesekali aku bukak mata tengok view kat luar sangat cantik. Tapi aku tak larat nak bukak mata lelama sebab rasa nak weeeeekkkkkk… Huhuhuhuhu…

Neezam kejutkan aku biler dah sampai ke destinasi. Ni lah tempat yang kitorang tunggu-tunggu sebenarnyer; 12 Apostles. Apostle ni merujuk kepada batu-batu besar yang terjadi secara semulajadi akibat daripada hakisan angin dan ombak kuat dan ada 12 kesemuanyer. Permandangan kat sini memang tersangaaaattt cantik! Aku teruja sangat melihat keajaiban yang Allah swt tunjukkan. Subhanallah… memang sangat cantik dan unik!

Salah satu daripada batu-batu kat sini dinamakan London Bridge. Kenapa? Sebab bentuknyer macam London Bridge kat London tu tetapi sebahagian daripadanyer dah runtuh. Hmmmm… mungkin lagu ‘London Bridge is falling down’ tu merujuk kepada batu ni ker? Huhuhuhuhu… Apa-apa pun, permandangan kat sini sangaaattt cantik. Cuaca sangat sejuk dengan angin yang sangat kuat. Sesekali aku rasa nak jatuh sebab ditiup angin kuat.

Kitorang bergerak balik pada pukul 4.30 petang. Balik ni kitorang lalu jalan lain, tak lalu jalan yang kitorang lalui masa datang tadi. Kali ni lalu jalan lurus jer. So, mampulah aku menikmati keindahan di sepanjang jalan. Kitorang melalui kawasan suburs dan di kiri-kanan jalan kebanyakkannyer terbentang luas kawasan ladang ragut. Sesekali terdapat banyak lembu, seladang, biri-biri dan kuda yang sedang meragut rumput. Permandangan sangat menarik…

Arrrrhhhhh… penat… tapi puas hati… Kitorang sampai kat La Trobe mengikut schedule iaitu pukul 8 malam.

Memang seronok perjalanan ke Great Ocean Road walaupun penat dan sesekali aku rasa mabuk nak muntah. Hehhehehe… Bersyukur sangat sebab diberikan kesempatan dari Allah swt sebab diberikan peluang melihat salah satu daripada keindahan ciptaanNya. Insya Allah kalau ada rezeki dan biler Niesreena besar sikit, aku akan pergi lagi ke sana…



25 jam sehari?
Monday March 26th 2007, 9:25 pm
Filed under: Life in Melbourne

Hari Ahad lepas, sedang kitorang bersiap-siap untuk ke BBQ recognized by our landlord, Jane, tetiba jer aku terdengar Neezam berborak dengan our ‘yardmate’ si May. Then aku pun sajer lah sebuk-sebuk pergi kat diorang untuk mengetahui biji butir perbualan diorang. Kata May, malam tadi kat berita tv ada bagitau yang masa kat Australia dilambatkan 1 jam sebab dah masuk winter; day light saving ends. Aku macam pelik jer; tukar waktu semata-mata kerana dah masuk winter? Sebelum ni aku dan family pernah tinggal kat UK. Tapi kat sana tak der ler tukar-tukar waktu biler tukar musim. Pelik kan? Kat negara mana lagi ada buat sistem macam ni? So sekarang ni beza waktu antara Malaysia dan Melbourne ialah 2 jam sahaja berbanding minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnyer iaitu 3 jam. Hmmmm… maksudnyer hari Sabtu lepas, 24hb March, sehari ada 25 jam ler ek..?



I am a housewife!
Tuesday March 20th 2007, 11:43 pm
Filed under: Dearly Family, Life in Melbourne, My Beloved Husband

Just now… tengah aku sibuk angkat kain dari ampaian, Neezam tetiba jer kata “ni mesti awan dari Malaysia kan?” kata Neezam sambil merenung ke arah awan di langit. Aku tersenyum sambil menoleh ke langit. Sambil tergelak kecik Neezam kata lagi, “bilerlah nak balik Malaysia kan? Ish… baru sampai sini sebulan dah ingat nak balik…”

Ha ah… aku tak perasan. Dah sebulan rupernyer kitorang tiba kat sini. Dah sebulan jugaklah aku berpisah dengan keluarga yang aku sayangi kat Malaysia. Dan dah sebulan jugaklah aku officially menjadi surirumah sepenuh masa.

Alamak… macam sedih plak nak tulis post kali ni. Tapi aku nak teruskan jugak…

Memang aku tak sedar, it’s been a month since we left Malaysia. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tak sedar masa berlalu mungkin sebab aku seronok tinggal kat sini? Hmmmm… Tak lah… tapi sebab setiap hari aku sebuk dengan rutin harian aku sebagai surirumah sepenuh masa; membasuh, memasak, mengemas, etc. Dan yang paling memenatkan ialah menjaga Niesreena… Sampaikan tak sempat nak menghitung hari…

Dah sebulan… alhamdulillah… aku sedikit sebanyak dah dapat menerima new environment ni. Semuanyer baru… suasa baru, kawan baru, cuaca baru, lifestyle baru, rumah baru, dan yang paling penting rutin harian aku yang baru. But honestly… kengkadang rutin baru ni membuatkan aku rasa penat sangat!

Balik ke kehidupan aku 5 tahun sebelum ni… Lepas konvo, aku kerja. So, rutin harian aku yang simple; pagi gi kerja, balik kerja petang mak dah siapkan makan malam so just makan jer, malam rehat, tengok tv, tidur, hujung minggu gi jejalan atau dating ngan Neezam. Home works? Semua mak yang uruskan. That’s my simple life before aku berkahwin. Lepas kahwin, still simple; pagi gi kerja, petang balik masak atau just gi makan kat luar, malam rehat, hujung minggu still gi dating atau jejalan atau balik rumah mak abah kitorang, paling-paling pun duduk jer rehat habiskan masa dengan hubby kat rumah. Then Niesreena was born… still simple, lebih-lebih lagi sejak Niesreena lahir aku habiskan masa 2 bulan maternity leaves samada kat rumah family aku atau rumah family Neezam. Pas tu masuk kerja semula seminggu sebelum aku berhenti kerja aku duduk kat rumah mak. So, mak selalu tolong aku jaga Niesreena. Lagipun sejak Niesreena lahir until the day before kitorang fly ke sini Niesreena tak selalu bersama dengan aku dan Neezam sebab atok-atok, pakcik makcik dia sumer volunteer nak jaga Niesreena. Aku dan Neezam? Relaxxxx…

Then… tetiba aku kat bumi asing. Everything is change!

Memula aku jadi tak stabil. Aku mulakan hari pertama aku kat Melbourne ni dengan pertanyaan “what is usually a housewife will do to start a new day?” Mulakan dengan sarapan dan sedikit demi sedikit aku aturkan hidup aku sebagai surirumah = isteri + ibu; take care of Niesreena and all those stuff yang aku jarang-jaraaaaaaaaaaang sangat buat kat Malaysia sebelum ni; memasak, membasuh, mengemas rumah. Waaaaa… rutin harian aku totally change! Mulakan dengan prepare sarapan, mandikan Niesreena, mengemas rumah, membasuh, memasak, sidai pakaian, then mengemas rumah lagi. Waaaaa… penat… Tapi yang paling aku tak tahan ialah menjaga Niesreena. It’s ok biler Niesreena ok; main sendiri, baring-baring, gelak-gelak, berkeletah. So sweet… Tapi biler time Niesreena tak ok!; menangis, merengek, nak dukung jer sepanjang masa… tu yang buatkan aku jadi penat sangat! Kengkadang tu biler Niesreena nangis, aku pun nangis sama. I really don’t know how to take care of her! Masa tu lah teringat nak balik Malaysia, ramai orang bleh jaga Niesreena… Huhuhuhuuhu.

Neezam? Neezam selalu tolong aku with all the home works and take care of Niesreena but still he is very bz with his PhD. Neezam selalu tidur lewat sebab nak layan dan tunggu Niesreena tidur dulu sebelum mulakan kerja dia. Kesian Neezam… Aku kalau boleh memang tak nak membebankan dia dengan kerja-kerja rumah. Banyak masa yang Neezam perlukan untuk study dia. Dan aku memang tak der masalah sangat biler nak wat sumer kerja rumah sebab bagi aku, kalau aku rajin, aku buat, kalau aku malas aku biar jer. Hehehehhehe… Tapi bab memasak memang wajib! Tapi dalam bab menjaga Niesreena, aku memang tak larat. Neezam has to handle her most of the time sebab aku memang fragile. Selalu nangis atau nak nangis atau naik angin biler Niesreena buat hal. Nasib baik ada Neezam. He helps me a lot and he is a very good hubby.

Alhamdulillah… sekarang aku dah stabil sikit. I can cope with all this new environment. Home works? It’s fun! And I enjoy doing it now. A few weeks before, I was always thinking that I can not do all those home works. I’m not born to be a house wife! But that is what I really am now. I’m a housewife!



Aku dan rempah!
Thursday March 15th 2007, 7:18 am
Filed under: Babbles, Life in Melbourne, Yummie

Tamarind puree, turmeric powder, kafir leaves, etc… banyak nama-nama rempah yang kener aku tahu dan belajar kat sini. Mana tak nyer… biler dah sampai kat negeri asing ni, semua nama dah tukar ke bahasa diorang. First week berada kat sini memang agak susah untuk aku cari bahan masakan terutamanyer rempah ratus. Ini adalah kerana dah tak der dah tertulis kat plastik – serbuk kunyit, asam jawa, kulit kayu manis, jintan halus, dll tapi sumernyer dalam bahasa inggeris. Honestly, aku memang tak kenal bendalah semua ni dalam bahasa inggeris! Aku cumer tau dalam bahasa melayu jer. Tu pun kengkadang aku tau rupa dan rasa jer tapi tak tau nama. Huhuhhuhuhuhu… Nampaknyer terpaksalah aku cari dan belajar sumer nama rempah-rempah ni memandangkan aku dah jadi ‘orang dapur’ sepenuh masa!!! Huhuhuhu…



Kicap kipas udang… huhuhu…
Tuesday March 13th 2007, 11:12 pm
Filed under: Life in Melbourne, Yummie

Antara banyak-banyak makanan Malaysia yang aku rindu nak makan kat sini ialah kicap kipas udang yang manis tu, label warna merah. Huhuhuhu… Aku percaya… rata-rata rakyat Malaysia mesti pilih kicap ni. Sebenarnyer aku bukan lah ‘kaki makan kicap’, dengan kata lain, tiap kali makan tak semestinyer nak ada kicap. Tapi biler dah teringin nak makan kicap mesti nak cari kicap kipas udang. Dan yang pastinyer kat Safeway, Coles, Target, GoLo, K-Mart, Preston market atau Laguna (kedai barangan runcit dari Asia) sekali pun tak der terjual kicap kipas udang ni.

Masa lepak kat rumah kak Tasya hari tu, kawan hubby aku, si Mahazan kata dia ada kenal pengedar kicap kipas udang kat Melbourne ni. Oleh itu, hari Ahad lepas, sementelah Mahazan nak hantar kak Diana ke sini, kitorang pun order lah kicap kipas udang kegemaran kitorang ni. Neezam mintak 3 botol jer. Kononnyer stok untuk 2 bulan. Tapi Mahazan bawak sampai 2 dozen. Giler bengong banyaknyer!!! Hehehhehe… Orang yang paling seronok tengok kicap kipas udang bebanyak tu hubby aku lah. Dapat jer kicap tu terus jer Neezam nak makan nasi. Padahal baru jer makan tengahari. Habis Neezam promote kicap tu kat Jane, tuan rumah kitorang yang baik hati tu. Mahal woooo kicap tu kat sini, AUD$3.50 sebotol yang besar. Cuba lah korang kalikan dengan 2.8, jadi berapa RM kat sini? Giler arrr…

So, warga Malaysia kat Melbourne yang teringin nak makan kicap kipas udang ni bleh lah contact kitorang k. Kitorang leh jual kicap tu kat korang, cost to cost. Tak amek untung. Demi membantu rakyat Malaysia! Hehehhehe…



Baby Niesreena 3 months old
Tuesday March 06th 2007, 3:54 am
Filed under: My Little Princess

Hari nie genap 3 bulan usia permata hati aku dan Neezam. Bersyukur kepada Allah swt kerana baby Niesreena membesar dengan sempurna dan sihat selalu.

Menjangkau usia 3 bulan, Niesreena dah pandai senyum dan ketawa biler diagah. Kengkadang tu Niesreena gelak sampai terkekeh-kekeh. Niesreena jugak suka berborak-borak. Kuat suara Niesreena biler berborak-borak. Kalau kitorang tak der kat sisi dia, dia akan panggil-panggil. Dah tu pandai pulak biler time mama dan ayah cakap, Niesreena senyap dan dengar jer aper kitorang cakap dan biler kitorang senyap Niesreena plak bercakap. Ntah aper jer lah dia nak sampaikan kat kitorang. Satu lagi gelagat Niesreena ialah biler Neezam nak tangkap gambar Niesreena, Niesreena akan tengok jer kat kamera tu. Biler agah pun dia tak kan senyum tapi dia tenung jer kat kamera. Agaknyer Niesreena wonder, "aperlah yang ayah dok acu-acu kat muka Niesreena ni ek?" Hehehhehehe…

Seronok tengok gelagat Niesreena. Dialah permata hati aku dan Neezam. Biler Neezam tak der kat rumah, Niesreenalah yang menghiburkan hati aku walaupun kengkadang penat gak layan kerenah Niesreena ni.

Sayang anak mama dan ayah ni! Happy 3 months old my little princess…

Dsc00889 Dsc00886 

Dsc00893 Dsc00884 

More of baby Niesreena pics. Fell free to visit my fotopages, Just
KLIK SINI
.



This weekend @ Melbourne city!
Sunday March 04th 2007, 2:56 am
Filed under: Life in Melbourne

Alhamdulillah… akhirnyer bertemu gak dengan Malaysian kat bumi Melbourne ni. Hehehehhee…

Semalam, kitorang lunch kat rumah kak Tasha. Kak Tasha ni rakan sekerja Neezam kat USIM dan sekarang ni sesama sambung PhD kat La Trobe University ni. Ikutkan plan, kitorang akan lunch kat rumah kak Tasha bersama-sama seorang lagi kawan diorang, Mahazan. Mahazan ni pun rakan sekerja diorang kat USIM gak tapi sambung belajar kat Monash Universiti, area Melbourne gak. So kire reunion lah…

Lepas naik tram tak sampai 3 minit dan naik bas lebih kurang 5 minit kitorang pun sampai kat rumah kak Tasha. Dan beberapa minit kemudian Mahazan sampai bersama beberapa orang kawan dia. Malaysian! Waaaaa… Lega betul dapat jumpa orang Melayu kat bumi Melbourne ni. So, dapatlah kawan baru; Akmal, Syed dan Asmah. Semuanya sedang sambung belajar kat sini. Seronok betul lepak-lepak kat rumah kak Tasha. Lebih-lebih lagi berborak dalam bahasa Melayu. Kalau tak, hari-hari berborak dengan housemates dalam bahasa inggeris. Harapkan berborak bahasa Melayu hari-hari dengan Neezam jer lah. Tak pun dengan baby Niesreena. Tapi kalau dengan Niesreena kengkadang berborak dengan bahasa baby; ga ga ga… gu gu gu… gi gi gi… Huhuhuhuhu…

Hari ni plak, kitorang jejalan kat Melbourne city. Meeting point kat Bourke / Swanston Streets, depan 3 patung gangsa pakai sut. Pukul 11.30 pagi semua dah berkumpul kat meeting point. Hari ni pun berkenalan jugak dengan kawan baru, Malaysian; Dr Norsiah dan anaknyer Zaki yang berusia 7 tahun. Mahazan gak yang kenalkan. ‘D.O’ sorang tu memang peramah, sebab tu ramai kenalan… First plan kitorang ialah untuk isi perut dulu. So, Mahazan bawak kitorang gi mapley kat kedai mamak. Haaa… jangan tak percaya kat tengah Bandar Melbourne ni ada kedai mamak. Hehhehehe… So, dapatlah jugak kitorang pekena teh tarik dan nasi beriani.

Alhamdulillah, cuaca hari ni sangat baik! 24 darjah celcius; sejuk dan windy! Kengkadang tu aku terpaksa cari matahari untuk panaskan badan.

Kitorang pusing-pusing city dengan tram jer. Banyak jugak tempat yang dapat kitorang gi tadi. Tapi aku tak berapa ingat nama-nama tempat dia. Sesekali ada jugak beberapa kali kitorang terjumpa dengan orang-orang Malaysia lain. Kitorang berhenti sembahyang kat masjid terbesar kat Bandar Melbourne ni. Tapi masjid tu tak lah sebesar mana pun. Kitorang sempat jugak membeli-belah kat kedai runcit bebarang Asia milik orang Indonesia. Cam tak cayer jer ada gak kedai Indon kat sini. Tapi percayalah… orang Indon ni memana diorang gi pun dapat gak ‘hidup’ ek. Sambil shopping, berkumandang lagu-lagu Indonesia berbahasa Melayu. Dan yang paling best… aku jumpa tempe. Tu pun tinggal 1 jer! Terus beli! Huhuhuhuu… terharunyer jumpa tempe kat sini…

Dari pagi sampai ke petang berjalan, baby Niesreena tak buat perangai sangat. Cuma sekali sekala dia nak berdokong dan tak nak duduk dalam baby stroller dia. So, terpaksalah aku mendukung Niesreena.

Pukul 6 petang kitorang sumer berpisah kat meeting point yang sama jumpa pagi tadi. Aku dan Neezam naik tram balik ke Bundoora. Walaupun cuaca masih terang tapi kedai-kedai kat city ni tutup terlalu awal. Jangan tak percaya… pukul 5 kebanyakkan kedai dah tutup dan pukul 7 bandar Melbourne dah sunyi. Tak happening sangat lah kalau nak bandingkan dengan Kuala Lumpur; pukul 2, 3 pagi pun masih ‘hidup’ lagi!

Penattttt… tapi puas berjalan… cumanyer tak habis lagi kitorang pusing bandar Melbourne. So, next time kener buat second trip untuk pusing-pusing kat another part of Melbourne city.

Kepada…

Kak Tasha dan Mahazan. Thanx for everything, sudi bawak kitorang jejalan.

Asma, Akmal, Syed, Dr Norsiah dan Zaki; selamat berkenalan. Nice to meet all of you!

Harap-harap pas ni kiter boleh jalan reramai lagi! Mungkin pas ni kiter bleh gi cari kangaroo dan koala plak eh! ;)