Niesreena… Niesreena…
Tuesday April 17th 2007, 11:45 pm
Filed under: My Little Princess

Tiap-tiap pagi aku dan Neezam rajin mengajar Niesreena; macam-macam benda yang perlu Niesreena pelajari but of course step by step. Beberapa hari kebelakangan ni kitorang ajar Niesreena meniarap. Sebelum tu kitorang ajar Niesreena mengiring. Dan usaha kitorang memang tak sia-sia. Selepas beberapa hari Niesreena pandai mengiring, semalam Niesreena dah pandai meniarap dengan sendiri! She’s very fast learner! Dan hari ni, biler Niesreena dah bosan-bosan baring, dia akan meniarap pulak. Kepala Niesreena terpusing-pusing tengok keadaan sekeliling. Sesekali biler terpandang aku atau Neezam, dia akan tersenyum. Comey sangat!

Tapi yang kelakarnyer biler Niesreena bergerak, dia tak bergerak ke depan, tapi berpusing, biasanya berpusing mengikut arah jam. Hehhehehe… Aku selalu letakkan teether dia kat depan dia supaya dia akan bergerak ke arah teether tu but still dia berpusing. Hhehehehe… Kelakar plak! Well.. she’s still learning and she’s a good learner. Aku dan Neezam pun tak memaksa Niesreena untuk belajar cepat-cepat. Asalkan Niesreena rajin berlatih, it’s good enough.

Dsc02063Nak tahu tabiat baru Niesreena? Geram sangat! Hehehehhe… Niesreena suka menyembur. Biler Niesreena start menyembur, it will takes few minutes untuk dia berhenti! Habis air liur dia merata-rata kat muka. Kitorang pun selalu jadi mangsa semburan Niesreena. Bukan geram aper, cuma geram tengok muka Niesreena biler tengah menyembur tu. Sampai merah-merah muka dia. Dan biler aku tegur Niesreena supaya jangan menyembur, dia akan menyembur lebih lagi dan kengkadang tu dia akan senyum. Ya Allah! Comel sangat! Seronok betul melayan kerenah Niesreena…

Dsc02083_8Usia Niesreena dah mencapai 4 bulan. So kitorang dah bagi Niesreena makan solid food, once for two days. Sebelum ni aku selalu bagi Niesreena jilat-jilat jer macam-macam jenis buah; sajer nak bagi Niesreena tau macam mana rasa buah, dan rasa manis, masin, masam. Buat masa ni kitorang bagi puri sayuran tapi beli yang dah siap jer. Alhamdulillah… nampaknyer Niesreena boleh terima solid food. Mulut ternganga jer biler tengok sudu nak disuakan ke mulut dia. So, sekarang ni selain susu formula S-26, Niesreena dah makan puri sayuran dan buah-buahan sebagai makanan tambahan. Makin tembam dan semangatlah anak mama dan ayah lepas ni.

Well I think thats all for now. Check out Niesreena comey-comey pics in my FP ok!



Kalau dah begitu takdirnya
Monday April 09th 2007, 10:03 pm
Filed under: Friends, Sucks

Semalam, Isnin, seperti biasa lepas siap-siap mengemas rumah, aku akan online ym. Walaupun kengkadang bz, tapi aku akan online gak. Sajer jer nak tengok saper yang ada online, terutamanyer x-officemates aku. Kalau aku free, aku akan chat dengan diorang. Tapi semalam, semua x-officemates aku kat Supply Haven tak der online. Hmmmmm… aku fikir mungkin server down kat sana.

Tetiba kak Amy (x-officemate yang dah bekerja kat tempat lain) ym. Kata kak Amy, Supply Haven dah tutup, declared last Friday by one of boss’s friend. Ya Allah! Aku terkejut sangat! Macam tak percaya.

Sebelum ni aku tak pernah dengar ura-ura kata boss nak tutup company walaupun memang selalu sangat mengalami masalah kewangan. But at last, last Friday was the day! Supply Haven was finally closed! Ya Allah… Terus aku teringat kat satu persatu kengkawan kat office; Melur & kak Shameem yang tengah mengandung, Ina yang suaminyer bekerja ikut kontrak, Sham yang dah berumur 26 tahun, Kak Umie, Parveen. Kesiannyer diorang… jobless! Without any notice! Mesti diorang terkejut. Dah lah sekarang ni susah nak cari kerja.

Mungkin dah nasib diorang macam tu. Lebih tiga tahun berkhidmat untuk company, akhirnya diorang dibuang macam tu ajer. Apalah diorang tengah buat sekarang ek? Mesti tengah sibuk nak cari kerja lain. Kesiannyer diorang…

Kepada x-officemates aku; Banyakkan bersabar dan berdoa kepada-Nya. Mungkin rezeki yang lebih baik menunggu kat tempat lain. Aku doakan korang senang dapat kerja lain, yang lebih baik lagi! Insya Alah… Amin…



Heppie 4 months old my sweet little one!
Friday April 06th 2007, 1:02 am
Filed under: My Little Princess

Hari ni genap usia baby Niesreena 4 bulan. Tapi Niesreena demam plak hari ni. Mungkin sebab semalam Niesreena kena suntik untuk imunisasi. Dua kali plak tu. Cian anak mama & ayah ni… Tapi sekarang panas Niesreena dah semakin kebah. Harap-harap hari ni Niesreena akan sehat seperti sediakala…

Ramai kengkawan yang tanya, “Niesreena dah pandai buat aper?” Nak tahu… Niesreena dah pandai…

Dsc01199_1 Menjilat >> Niesreena sangat suka menjilat. Aper jer sampai kat mulut Niesreena, Niesreena akan jilat sampai basah. Hehhehehehe… Selalunyer yang menjadi mangsa jilat Niesreena ialah sarung tangan dia. Dan kalau Niesreena tak pakai sarung tangan, Niesreena akan grab baju atau blanket dia untuk dijilat. Boleh kata aper ajer yang Niesreena boleh capai, dia akan jilat sampai lencun. Walau bagaimanapun, Niesreena masih tak pandai nak capai benda yang jauh. Apa yang Niesreena dapat capai tu sebenarnyer adalah apa yang dia tercapai @ tak sengaja capai. Hehehhehehe…

Dsc01204 Mencekau >> Hmmmm… tau tak mencekau tu aper? Macam cengkam, macam cubit. Alaaaa… tak tau ler nak sampaikan maksud tu. Hehhehehehe… Muka mama dan ayah dia selalu menjadi mangsa cakau dia. Sementara kitorang nak cium dia, dia akan cakau muka kitorang. Aduhhhh… sakit plak tu…

Dsc01200Merenung >> Niesreena semakin memberi tumpuan dengan aper yang dia tengok dan pandang. Dan kalau kitorang alihkan aper yang Niesreena sedang pandang, Niesreena akan ikut pandang benda tu. Kalau orang yang biasa Niesreena tengok, Niesreena akan pandang dan senyum pada orang tu. Tapi kalau tak biasa tengok, Niesreena akan tenung orang tu lama-lama.

Menegakkan kepala >> Kepala Niesreena dah semakin kuat. So, kitorang dah tak perlu nak sokong kepala dia samada masa duduk atau dokong.

Dsc01198 Mengunyah >> Hehehehe… percaya tak Niesreena dah pandai mengunyah? Tapi kitorang masih tak bagi solid food lagi kat Niesreena. Niesreena suka kunyah air liur. Hehhehehe… kelakar kitorang tengok gelagat dia biler dia kunyah air liur. Macam tengah makan jer.

Well, banyak lagi yang Niesreena dah pandai buat sekarang. But it’s all still in the beginning stage. She has a lot to learn and study. And we have a lot to teach her!

Anyway Niesreena sayang… Happy 4 months old. We love you so much!