2008
Sunday December 30th 2007, 6:19 pm
Filed under: Babbles, New Year

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2007. Esok masuklah tahun baru, 2008.

Rasa kejap jer tahun 2007. Niesreena pun dah setahun. Tahun lepas pada waktu-waktu macam ni aku masih dalam pantang. Dan kat Johor masa tu tengah dasyat dilanda banjir.

Masuk jer tahun baru semua orang mesti bercakap pasal azam tahun baru. Dan yang pastinya azam aku tahun 2007 masih tak tercapai. Semuanya terbantut. Mungkin bukan rezeki aku lagi. Tunggulah 2-3 tahun lagi untuk capai semua azam dan matlamat aku. Buat masa ni aku hanya perlu sokong Neezam untuk capai semua azam, matlamat dan impian dia. Mendidik dan membesarkan Niesreena sebaik mungkin. Hmmm… mungkin tu lah azam aku tahun ni; untuk Neezam dan Niesreena.

2008… aku rasa aku dah nampak jalan hidup aku sepanjang tahun baru ni. Vacation year! Bercutilah sepuas-puasnya kat negara orang ni. Bukan semua orang dapat peluang macam ni. Tiga tahun lagi, aku nak bentuk hidup aku semula, kerjaya aku. Housewife? I don’t think so.

Nway, selamat tinggal 2007, selamat datang 2008.



Sedapnya ikan pari!
Saturday December 29th 2007, 5:15 am
Filed under: Life in Melbourne, Yummie

Pagi ni aku ke Preston market. Ingatkan mulanya malas nak ikut Neezam sebab cuaca sangat panas. Tapi disebabkan rasa bosan duduk kat rumah, aku ikutlah jugak Neezam ke pasar.

Macam biasa. Sampai jer kat Preston kitorang akan ke kedai daging halal dulu. Then ke pasar basah Preston. Beli sayur sikit, buah sikit. Pastu ke bahagian ikan. “Nak beli ikan aper ek hari ni? Ikan kat sini sumer tak best. Kalaulah ada ikan pari ke, ikan terubuk ke, ikan talapia ke, kan best…” itulah detik hati aku on the way nak ke tempat ikan.

Masa mata melilau cari ikan. Mata aku terpandang kat satu jenis ikan ni. Macam kenal jer. Tapi macam tak mungkin plak. Aku gi dekat dan dekat lagi ke stall tu. Eeee… memang betul! Ikan kegemaran aku! Ikan pari! Serius punyer terkejut tengok ikan pari. Bestnyer… Tanpa berlengah masa terus beli satu tray ikan pari. Just AUD$ 5. Arrrrrrr… gembira tak terkata. Dapat jer ikan tu kepala aku ligat berfikir nak masak apa ikan pari tu; bakar, asam pedas, goreng cili. Arrrrgggghhhhh… sedapnya!

So, menu hari ni ikan pari goreng sambal. Serius sedap. Hehehehehe…

Esok, aku nak masak asam pedas ikan pari plak. Lusa, ikan pari bakar. Tulat, ikan pari goreng pun sodap… Yum yum… :)



Chak!!!
Thursday December 27th 2007, 4:46 pm
Filed under: Babbles

Assalamualaikum wbt. Akhirnya aku kembali semula memblogkan diri setelah sekian lama menyepi. Ramai kengkawan aku dan kengkawan Niesreena yang msg kenapa dah lama tak update blog mahupun fp sejak balik dari Malaysia.

J Sebab sebelum ni kat rumah baru kitorang ni tak der internet. Baru semalam kitorang daftar line internet. Insya Allah lepas ni aku akan selalu merajinkan diri untuk update aktiviti famili aku kat sini.

Sampai kat sini dulu coretan aku kali ni. Just nak warming up sebab dah lama tak menulis. Hehehehe…

Until next post… J