Filed under: My Little Princess
Filed under: My Little Princess
Once again, I’ve been tagged and this time by Heda.
REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s).
QUANTITY: 5 people
TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc…
So, the question for me is ‘why we gave our baby’s name Khairunniesreena’ lah kan.
Aku dan Neezam merancang nama baby kitorang sebelum aku pregnant lagi. Not exactly nak letak nama apa. Tapi yang pastinya, samada baby girl atau baby boy, nama depan baby bertuah tu mestilah dimulakan dengan ‘Khairun’ dan diikuti dengan huruf ‘N;. Mana dapat ‘Khairun’? Sebab nama hubby bermula dengan ‘Khairun’; Khairunneezam.
So, bila aku sedang pregnant, mulalah kitorang mencari nama yang terbaik untuk baby kitorang ni. ‘Khairun’ dan diikuti dengan huruf ‘N’, untuk baby girl atau baby boy. List yang tak berapa panjang sebab nak cari nama yang sempurna maksud dan sedap didengar tak senang untuk dicari.
Antara nama untuk baby boy yang aku suka ialah Khairunnazreen tapi hubby tak nak sebab sama dengan nama adik dia. Aku pun gila gak sebab nak letak nama anak macam nama adik dia apa kejadahnya kan? Nanti sama plak nama anak buah dengan pakcik. Hehehehhehe… But still aku suka nama ‘Nazreen’. Tapi nasib baik kitorang dikurniakan baby girl. So, bila dah tahu jantina kitorang pun get rid all the boy’s name.
So, on the list just tinggal nama-nama baby girl jer. Antaranya ialah…
- Khairunnisa - tapi hubby tak suka sebab macam nama kawan dia; lelaki yang bernama samaran panther… Hahahahha… So, cancel…
- Khairunnabila - aku plak tak suka… sebab bila sebut nabila mesti terbayang anak Amy Search yang … tu. So, cancel gak…
- Khairunnadira – Nadira tu sama plak dengan nama anak sepupu hubby…
Last but not least of courselah ‘KHAIRUNNIESREENA’. Alhamdulillah… kitorang dua-dua suka dengan nama ni. Dalam ejaan nama Niesreena ada ‘IE’ yang mengikut ejaan nama aku julIEana dan ada ‘EE’ yang mengikut ejaan nama ayah dia nEEzam.
KHAIRUNNIESREENA bermaksud ‘sebaik-baik bunga mawar putih kami’.
The end…
So, as usual, law of the game, aku kena tag 5 more mommies. Saperlah aku nak tag kali ni ek?
Mangsa tag aku kali ni adalah seperti berikut…
Adah @ Ummi Izzah @ http://naimwan.fotopages.com/
Shery @ mama Wafiq dan Wafa @ http://laksajohor.blogdrive.com/
Sue @ mommy Lisya @ http://suhana-roslan.fotopages.com/
Zura @ ummi Ilman @ http://mujahadah.fotopages.com/
Pidah @ mama Afdhal @ http://hanizan-rafidah.fotopages.com/
TQ!
Filed under: Babbles
Kadang-kadang rasa penat seharian duduk kat rumah; mengemas rumah, memasak, membasuh, jaga anak, etc… Penat… Penat sangat… Rasa macam 25 jam sehari pun buat kerja rumah tak habis-habis. Bila dah penat dan masih ada kerja yang belum settle membuatkan aku mula membebel… Bebel… Bebel… dan bebel… Penat… Penat membebel… Kalau membebel pun kerja masih kena buat jugak. Tapi bila membebel buatkan aku rasa puas. Kalau tak aku rasa macam terbukuuuuuu jer kat hati aku ni.
Sorrylah pada mangsa-mangsa bebel… Tak berniat nak membebel tapi terbebel jugak… Bukan sengaja suka-suka nak membebel…
Penat… Penat membebel…
Filed under: Sudoku
At last siap dapat gak solution. Setengah jam ngadap set yang ni jer. Very tough one!
Filed under: His Articles
Remaja mesti diasuh elak rosak jiwa
MEMBACA berita mengenai kisah seorang remaja Australia, Corey Delaney, 16, yang mengadakan parti liar ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah yang keluar bercuti baru-baru ini, cukup mengejutkan, selain boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat negara ini.
Apa yang terjadi di kawasan kejiranan Narre Warren South, Melbourne itu menjadi fenomena yang diterima dengan nada berbeza-beza oleh pelbagai pihak bukan saja di Australia bahkan di seluruh dunia.
Bagi mereka yang matang dan waras pemikiran, pasti tidak bersetuju dengan kelakuan Corey. Berbeza bagi golongan remaja seusia Corey, yang menganggap parti itu cukup meriah.
Keseronokan itu ditambah lagi dengan minuman keras dan hubungan bebas, berkelakuan tidak senonoh, mengganggu ketenteraman jiran atau lebih melampau sehingga ke tahap bertelanjang berlari di sekeliling kawasan kejiranan serta mencabar polis.
Tingkap sebuah kereta peronda dipecahkan ketika pihak berkuasa itu cuba mengawal keadaan. Akibatnya, polis terpaksa mengerahkan sehingga 30 pegawainya, satu skuad helikopter dan skuad anjing untuk meleraikan kekecohan disebabkan parti liar itu.
Ternyata apa yang dilakukan Corey, salah di sisi undang-undang dan tidak dapat diterima masyarakat sekelilingnya. Namun, dia tetap menunjukkan tahap kedegilan, apabila ditemuramah secara langsung pihak stesen televisyen, dia dengan bangganya berkata: "Itulah gaya kehidupan remaja zaman ini dan remaja lain tidak perlu takut melakukan apa yang saya buat".
Sikap biadap terserlah apabila dia enggan memohon maaf kepada ibu bapanya, jirannya dan seluruh rakyat Australia tetapi menolak dan menegaskan untuk mengadakan lagi parti liar pada masa depan!
Di negara kita, kes parti liar seperti itu tidaklah ketara dilaporkan, namun masih juga ada kebimbangan terhadap wujudnya gejala negatif di kalangan remaja umpamanya penyalahgunaan dadah, berlumba haram, seks bebas dan peniruan budaya kuning.
Ada juga remaja berani membuat parti liar ketika ketiadaan ibu bapa yang bercuti atau ada urusan selama beberapa hari di tempat lain.
Itu belum lagi dikira laporan kes jenayah membabitkan remaja bawah umur seperti samun, buli, rogol dan bunuh yang sepatutnya membuka mata semua pihak untuk sama-sama berganding bahu menangani masalah golongan itu masa kini.
Justeru, ada dua kategori tindakan yang perlu dipikul pada bahu semua pihak yang terbabit, iaitu melaksanakan langkah pencegahan dan perawatan.
Bagi pencegahan, ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak bertanggungjawab membimbing mereka agar berakhlak mulia dengan memberikan ilmu agama, moral dan tata susila mantap.
Pihak sekolah turut bertanggungjawab mendidik pelajar menjadi insan sempurna, berdisiplin dan kaya dengan ilmu pengetahuan yang mampu mencerna daya pemikiran yang sihat dan matang.
Masyarakat sekeliling juga berperanan sebagai ejen pelengkap dalam mencegah masalah sosial remaja. Mereka tidak seharusnya mengamalkan konsep ‘biarlah dia bukan anak aku,’ sebaliknya lebih kepada unsur bertanggungjawab tanpa memilih bulu.
Langkah perawatan bagi golongan remaja yang ‘parah’ jiwa dan pemikirannya seperti Corey.
Tindakan melalui saluran perundangan, adalah satu kaedah perawatan, mereka perlu dihukum atas tindakan yang melampaui batas undang-undang.
Selain itu, program kaunseling dan keagamaan diberikan kepada mereka untuk menyuburkan kembali nilai murni yang sebenarnya ada dalam diri mereka.
Amalan masyarakat sekeliling yang suka menjauhkan diri daripada mereka yang pernah berbuat salah juga perlu dihapuskan, terutama remaja yang masih terkial-kial mencari identiti diri.
Sememangnya, kalau tidak ada mekanisme pencegahan dan perawatan berkesan untuk membimbing remaja masa kini, maka tidak perlu kita bermimpi untuk dapat terus mengekalkan aliran kemajuan dan tradisi kemakmuran negara ini pada masa depan.
KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia NS.
I’ve been tagged by mommy Lisya. Ps: Sorry Sue. Dah lama Sue tag, baru sekarang nak wat. J
20 things that change when you have a baby
- First important things that changed were me myself. I’m a mother now. The status changed in a second when my lovely Niesreena was born.
- Everything I do I am thinking of my little one. Even when I sleep!
- Everytime I can’t handle Niesreena, I will always remember my parent. I know the feeling now… I love my parents more and more.
- Sleeping time of course! Since Niesreena was born I never sleep tight through the night. I must be wake up at least once to feed her with milk. And going to sleep after she did. But that doesn’t matter. I enjoy doing it.
- No more alarm clock! Hehehehe… Niesreena is my alarm clock now. I wake up every time she’s wake up. I’m a morning person now!
- Bigger hand bag. Well, guess what in it? Niesreena’s milk bottle, diapers, toys, etc…
- My favourite department when going shopping now is baby’s department. So crazy with baby’s stuff. I must buy something for Niesreena at least one every time going shopping. Aaarrrr… I become baby’s maniac!
- My body… Paham-paham jer lah. No need to tell more about it!
- Before, I love to watch my hubby’s face when he’s sleeping, but now I much more love to watch my sleeping baby’s face. Oooooo… so cute!
- No more morning’s talk show. It will be Niesreena’s favourite children’s songs first thing on tv every morning.
- Clean up the house every one hour all day! Niesreena loves to make mess. Aaaarrrrgggghhhhh!!!
- Took hours preparing Niesreena stuffs before going out.
- Loves to talk about Niesreena.
- More concern about food nutrition. What is good to give to her and what is bad.
- Appreciate ‘all-by-myself’ time!
- AUD$30 for Niesreena’s toys is so cheap, AUD$30 for my shoes is so expensive!
- Handphone’s wallpapers will be Niesreena’s pictures… Always!
- No more flowers or other decorative in the table please…
- Every day is a surprise.
- I look at Niesreena in the mirror instead of look at myself…
That’s the 20’s. I think most of the mothers had the same experiences as me but may be not. So, now I have to tag 5 mommies, that is…
Sit @ emak Eiyu @ http://kireionna.blogdrive.com/
Iszan @ mama Naufal @ http://iszslurp.blogspot.com/
Zura @ mama Wani dan Afiq @ http://shazura.blogs.friendster.com/
Kak Tini @ mama Aiman @ http://fendytini.fotopages.com/
Kak Ita @ mama Aulya @ http://annearita.fotopages.com/
Just reply it when you feel free, but if you don’t, just leave it. Doesn’t matter. Thank you!
Filed under: My Little Princess
Tiap-tiap pagi, celik jer mata Niesreena bermakna waktu untuk aku celikkan mata jugak walaupun aku masih mengantuk tahap gaban. Dan kebiasaannya aku dan Niesreena akan lepak-lepak dan main-main atas katil dulu.
Pagi ni, seperti biasa Niesreena tergolek-golek atas katil selepas bangun. Kusyuk main reben kat baju aku. Then aku kata kat Niesreena, "Nina main apa tu?" Then Niesreena balas balik kata aku dan kata "apa tu…" dengan muncung dia bukan main panjang sebut "tu…". Tergelak aku dibuatnya… Then aku sebut "Mana bird?". Once again Niesreena sebut semula kata akhir aku "bird". Then aku sebut plak "Mama…". Niesreena pun sebut "mama…" Aaaarrrrggghhhh… comeynyer Niesreena sebut mama. Aku ulang dan ulang lagi sebut "mama". Niesreena tetap ikut sebut "mama". Then aku sebut ayah. Tapi Niesreena sebut "nanah". Hehehe… Mungkin Niesreena tak pandai lagi nak sebut ayah. Mungkin Niesreena tau sebut jer… Tapi tak tau maksudnya lagi…
Tak sabar nak dengar Niesreena panggil aku, "Mama… mama…"
Filed under: My Little Princess
Dah lamaaaa sangat tak update cerita pasal Niesreena kan?
Hari ni genap usia Niesreena 1 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan 4 hari. Sewaktu aku sedang sebuk menaip ni Niesreena sedang lena beradu di samping ayah Niesreena. Waktu-waktu macam ni lah baru aku boleh nak fokus untuk menulis sesuatu kat blog aku ni.
Ramai kengkawan yang tanya, “Niesreena dah pandai buat apa sekarang”, ”Niesreena dah pandai jalan?”… Niesreena dah boleh berjalan sejak usia dia 11 bulan lagi. Cepat kan? Memula tu aku risau gak sebab masa Niesreena gunakan walker, Niesreena jalan berjingkit-jingkit. Mungkin sebab walker tu berat so dia terpaksa tolak dengan hujung kaki dia. Sebab tu lama-lama Niesreena biasa berjalan berjingkit-jingkit, macam ballerina. Aku risau takut Niesreena lambat berjalan plak nanti. Tapi alhamdulillah, dalam usia Niesreena 11 bulan Niesreena dah boleh berjalan. Dan sekarang ni dah boleh berlari pun! Niesreena memang suka sangat dibawa berjalan kat sekitar kawasan rumah kitorang ni. Bila berjalan tak nak dipegang pulak tu! Siap berlari! Risau aku dibuatnya. Tapi seronok tengok Niesreena yang memang kelihatan seronok sangat bila berjalan sendiri.
Satu lagi keletah Niesreena ialah Niesreena sekarang ni suka sangat bercakap. Selalu sangat bercakap tapi baby language lah. Ntah hapa-hapa jer. Aku layan jer lah dia bercakap. Yang kelakar dan tak tahannya ialah bila Niesreena bercakap tu siap dengan angguk-angguk atau geleng-geleng kepala, kengkadang tu siap angkat-angkat tangan. Hehehhe… Setakat ni kalau dalam bahasa kiter, Niesreena hanya dah pandai cakap ‘nak’ dan ‘bird’. Bila Niesreena nak meminta sesuatu, Niesreena akan cakap “nak… nak…” sambil tangan Niesreena tunjuk ke arah benda yang dia nak tu. Tapi kalau aku buat tak tau jer dengan permintaan dia, dia akan tarik tangan aku ke tempat tu. Suka sakat Niesreena macam tu. J Dan bila nampak atau cari burung, Niesreena akan sebut “bird”. Hmmmm… bilalah nak pandai sebut “mama” dan “ayah” pulak ek?
Hmmmm… untuk pengetahuan kengkawan jugak, Niesreena sekarang ni tak takut dah dengan orang. Tak macam dulu lagi. Dulu takut sangat dengan orang. Orang tak sempat nak dokong, baru tengok jer dah menangis ketakutan. Tapi alhamdulillah sekarang ni dengan semua orang dia nak. Aku pun seronok tengok Niesreena bersosial dengan orang. Taklah asyik duduk bawak ketiak aku dan Neezam jer. Heheheheh…
Sejak beberapa minggu ni jugak Niesreena suka sangat mengigit orang. Aku dan Neezam lah mangsanya. Mungkin Niesreena nak tumbuh gigi lagi kot. Setakat ni Niesreena ada 7 batang gigi; 4 batang gigi atas dan 3 batang gigi bawah.
Niesreena jugak dah pandai turun katil dan sofa sendiri. Hasil usaha aku dan Neezam mengajarnya beberapa minggu ni. Hehehehehe… Tapi masih dalam pemerhatian lagilah. Seronok tengok Niesreena turun katil sendiri. Terkial-kial jer tapi berjaya jugak. Niesreena akan turunkan kaki dia dulu, then tersangkut kat tepi katil dan terus pijak ke lantai. Kelakar…
Favorite Niesreena yang aku tak suka ialah buat sepah, buat kerak, buat kotor… Geram betul! Pantang tengok almari terbuka mesti Niesreena akan keluarkan semua benda. Tak kiralah almari baju atau almari dapur. Nasib baik Niesreena masih tak pandai buka almari dapur sendiri. Kalau tak habis semua periuk belanga keluar. Kalau almari baju tu tak dapat diselamatkanlah. Memang Niesreena dah pandai bukak. Kalau tinggalkan Niesreena sorang-sorang dalam bilik beberapa saat jer tengok semua kain baju yang boleh dicapai dah bersepah-sepah. Kalau cermin almari atau kaca tv ni lagilah… Penuh dengan cap jari dan air liur Niesreena. Suka sangat pengang cermin dan kaca tv. Siap cium lagi tu! Sabar jer lah…
Niesreena ni semakin manja sekarang. Kalau jatuh sikit jer pun buat-buat nangis. Macamkan sakit sangat. Bukan nangis betul pun. Sajer jer berlakon. Ada sekali tu Niesreena terjatuh. Bukan jatuh betul pun. Just tersadung sikit. Then Niesreena mula nak menangis. Aku plak sajer menyorok tepi peti ais sebab aku tau kalau aku tengok dia jatuh mesti dia nangis. Then bila Niesreena tengok aku tak der, Niesreena tak jadi nangis tapi cari aku kat dapur. Bila nampak aku barulah mula buat-buat nangis. Ngader betul. Sekarang ni pun Niesreena suka sangat duduk atas pangku. Sampai lenguh kaki aku dibuatnya. Hai lah anak manja aku sorang tu…
Seronok cerita pasal Niesreena. Tak sedar dah panjang aku tulis. Dan tak sedar masa berlalu begitu pantas. Ok… Berhenti sampai sini dulu… Cooking time!
Filed under: His Articles
Hari ni artikel Neezam disiarkan lagi kat suratkhabar Utusan Malaysia. Alhamdulillah… Sejak akhir-akhir ni artikel-artikel yang Neezam hantar ke Utusan mesti akan disiarkan. Sampai hari ni aku tak tau dah berapa banyak artikel yang Neezam hantar. Berapa ek?
1. Ajar Anak Berjimat (Today, 160108 UM)
2. Mengajar Konsep Hijrah kepada Kanak-kanak (110108 UM)
3. Plagiarisme Hina Keilmuan (31122007, UM) *Best!
4. Pengorbanan di Perantauan (181207, UM)
5. Mendidik Kanak-kanak Bersederhana di Hari Raya (131007, UM)
6. Kisah Nurin Hilang Biar Kes Terakhir (210907, BH)
7. Berkongsi Fadilat Puasa Bersama Keluarga (200907, UM)
8. Kanak-kanak dan Patriotisme (28080, UM)
9. Pupuk Patriotisme Melalui Perarakan (250807, BH)
10. Mengimpikan Pembantu Rumah Tempatan (230707, UM)
11. Mekanisme Kawal Minggu Orientasi di IPT (200707, UM)
12. Mengintegrasi Pensyarah, Industri (140607, UM)
13. Jerung Besar vs Ikan Bilis dalam Dunia Penulisan Akademik (UT PTS)
Filed under: Life in Melbourne
Panasnya… Tolonglah… Sejak beberapa minggu ni cuaca teramat panas kat sini. Sampai pening kepala aku jadinya. Masa New Year eve yang lepas, panas mencecah sehingga 42 degree. Dan beberapa hari ni cuaca yang diramal hanya 32 degree tetap mencecah 40 degree. Panas… Panas… Panas…
Panas-panas macam ni membuatkan aku malas nak menjejakkan kaki ke luar. Asyik nak duduk melepak bawah kipas jer dalam rumah. Tapi kesian plak kat Niesreena sebab Niesreena macam boring jer kalau dah dua tiga hari tak dibawa keluar. So, nak tak nak terpaksa jugak aku bawak dia keluar berjalan.
Badan Niesreena pun dah naik ruam-ruam sebab kepanasan. Cian Niesreena… Kadang-kadang aku mandikan jugak Niesreena malam-malam sebab bila kepanasan Niesreena susah nak tidur. Aku plak walaupun jarang keluar kat tangan ni dah ada kesan jam. Nasib baik kat muka tak ada kesan terbakar. Kalau tak mesti berbelang macam masa sekolah dulu. Well… thanx to Olay… hehehehhe…
Aaaaaa panasnyer…

