Guys! I’m moving!!!
Wednesday September 03rd 2008, 7:07 am
Filed under: Babbles

Ya! Akhirnya aku berpindah jugak! Bukan pindah rumah yer kengkawan… Aku berpindah blog. Nak tau kenapa aku pindah? Sila baca kat sini. Malas dah nak tulis panjang-panjang kat blog friendster ni. Dah merajuk! Dah berpatah arang! Cewah…

So, korang semua… Feel free to visit my new refreshing blog at http://julieluvneezam.blogspot.com.

Jumpa di sana, di sana, di sanaaaaaaa…

*juliet le sweetheart : marilah kite berpindah beramai-ramai…



Rindu
Tuesday September 02nd 2008, 5:14 pm
Filed under: Dearly Family, Once upon a time

Malam tadi mimpikan arwah nenek. Dalam mimpi tu arwah nenek duduk jer tengok aku. Tak bercakap apa-apa pun. Aku pergi kat arwah nenek dan cium-cium pipi arwah nenek. Memang terasa rindu sangat. Arwah nenek nampak segar jer dalam mimpi aku, tak macam masa saat-saat terakhir arwah nenek hidup 4 tahun yang lepas; lemah tak bermaya.

Arwah nenek meninggal <> 4 tahun yang lepas sebab sakit kencing manis. Beberapa bulan sebelum meninggal arwah dah terlantar jer kat katil sebab luka. Aku kesal sangat tak berada di sisi arwah masa arwah menghembuskan nafas terakhir sebab aku kerja. Kedua-dua anak arwah nenek; mak dan mak sedara aku, serta adik-adik dan sepupu-sepupu aku ada di sisi arwah nenek masa arwah nenek menghembuskan nafas terakhir. Aku sorang jer yang tak der. Aku sorang jer! Rasa kesal sangat! :’(

Tapi alhamdulillah, aku dapat menyempurnakan jasad arwah nenek dari membersihkan, memandikan ke kapankan, dan hantar arwah nenek sampai ke liang lahad…

Aku memang rapat dengan arwah nenek sebab rumah arwah nenek dekat jer dengan rumah mak abah aku kat KL. Masa sekolah dulu, setiap hujung minggu mesti gi rumah arwah nenek. Sampaikan kalau mak abah tak kasi aku gi, aku boleh nangis guling-guling.

Rindu sangat kat arwah nenek. Semoga roh nenek dirahmati Allah swt dan berada di samping orang-orang yang beriman… Amin…

*juliet le sweetheart : …



Aktiviti hujung minggu
Monday September 01st 2008, 1:38 pm
Filed under: Celebration, Friends, Life in Melbourne

Dua hari berturut-turut, Sabtu dan Ahad lepas, kitorang asyik keluar berjalan jer. Maklumlah, hari Isnin dah nak mula berpuasa. So, sajerlah berjalan sakan sebelum puasa ni.

Hari Sabtu yang lepas, kitorang bersama-sama famili En. Din dan Pak Tam ke Dandenong. Sajer melawat Malaysian kat sana. Macam YB plak ek? Hehehehe… Actually, ada beberapa orang kawan diorang (Neezam, En. Din & Pak Tam) kat Dandenong tu. Perjalanan mengambil masa <> 2 jam. Nasib baik sepanjang perjalanan, Niesreena duduk diam jer kat boster dia. Baik pulak… Selalunya kalau duduk lama-lama mesti dia busan, tapi alhamdulillah, tadi walaupun Niesreena tak tidur tapi dia boleh duduk diam dan kengkadang berborak-borak plak dengan kitorang. Ntah apa Niesreena nak sampaikan ntah, tak paham bahasa dia… :)

Dandenong tak jauh beza dengan Bundoora. Suburb jugak dan ada banyak facilities. SC pun banyak. Besar plak tu. Best wooo! Tapi tak sempat nak pergi. Lalu jer. Kitorang sempat pergi ke pasar jer. Sempat jugaklah grab 2 pasang baju raya untuk Niesreena dan untuk aku, beg besau! Aku tak tau bila aku nak pakai beg ni, tapi sebab corak beg ni yang cantik, ala-ala retro gitu, sebab tu aku tertarik. Bleh buat beg balik kampung kot. ;p Neezam pun rambang masa berjalan kat pasar Dandenong ni. Memang rambang giler dia! Nasib baik tak giler jer. Dia bukan rambang tengok barang, tapi rambang tengok anak-anak dara ala-ala Bosnia yang cantik-cantik, comel-comel. Eeeeee… laki aku ni… sabar jer lah…

Selepas lunch di rumah abang Ropidi & kak Laili dan minum petang di rumah abang Lajiman & kak Su, kitorang bergerak pulang ke Desa Bundoora tercinta semula dan makan malam pulak di rumah kak Hada. Hahahaha… Hari ni hari makan free sedunia ye… ;p Kak Hada buat majlis sempena menyambut bulan puasa dan house warming di samping memperkenalkan familinya yang baru tiba dari Malaysia. Ramai sangat tetamu yang datang. Makanan pun best!

Hari Ahad pulak, hari asyik bertukar-tukar plan, disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu. Plan utama ke city sebenarnya nak gi sambutan hari merdeka kat Federation Square. Tapi tiba awal plak kat sana. Apa pun tak siap lagi. Cuma sempat tengok pentas yang kosong dan bunga manggar jer. So, kitorang pun tukar plan ke Vic Market dan DFO. Lepas tu kitorang ingatkan nak balik semula ke Fed Square sebab waktu tu dah pukul 3 mesti dah start upacara tapi cuaca pulak tak mengizinkan. Hujan selebat-lebatnya. So, tukar plan lagi, ke Laguna pulak.

Fiesta_merdeka_1

Kat Laguna ramai sangat jumpa Malaysian dan ramai jugak kengkawan yang dari Bundoora. Diorang sumer nak ke Fed Square jugak, tapi sebab hujan, semua orang tak jadi ke sana. Kesiannya organizer, mesti tak ramai yang datang untuk memeriahkan majlis.

Sebenarnya aku teringin sangat nak gi. Tapi kesian pulak kat Niesreena, takut kena hujan pulak kan. Aku memang teringin nak tengok macam mana sambutan hari kemerdekaan kat oversea. Yang pastinya mesti jauh beza dengan sambutan kat Malaysia kan. Tak semeriah kat Malaysia. Nampaknya tak der rezeki aku nak tengok sambutan Fiesta Merdeka tu tahun ni. Insya Allah tahun depan nak gak gi tengok!

Pheeewwww… dua hari yang sangat memenatkan. Hari ni pun penat jugak. Penat mengemas rumah yang dah dua hari tak berkemas. Bila nak rehat?

*juliet le sweetheart : penat…